“Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Noriyissham merupakan vokalis kumpulan rock Pelita Lusoh.Bakatnya dicungkil menerusi program realiti TV One in a Million musim ketiga terbitan 8TV pada tahun 2009.
Selepas keluar dari OIAM3, Aweera kembali ke Perlis dan bekerja di Unit Kebudayaan di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Sehinggalah pada tahun 2012 beliau dipelawa oleh Edry KRU untuk menyertai kumpulan rock baru, Mojo sebagai vokalis dan menghasilkan album mini (EP).
Menerusi EP tersebut, Mojo meraih anugerah Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2012 manakala lagu Andaiku Bercinta Lagi telah berjaya melangkah ke peringkat akhir Juara Lagu 2012. Di peringkat antarabangsa, Aweera selaku vokalis Mojo pada ketika itu telah meraih anugerah Persembahan Vokal Terbaik di Hong Kong Asian-Pop Music Festival 2013, juga melalui lagu Andai Ku Bercinta Lagi.”
There are no comments yet.